Persatuan jualan langsung di malaysia


Kami dengan bangganya memaklumkan bahawa K-LINK International yang mengendalikan perniagaannya di landasan yang betul telah diiktiraf sebagai ahli Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) pada tahun 2014.

DSAM ditubuhkan pada tahun 1978 untuk mempromosikan industri jualan langsung di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, di samping bertindak sebagai jurucakap yang mewakili pengusaha dan pengedar industri berkenaan. Ia dipimpin oleh seorang presiden dan naib presiden, dan juga 7 orang ahli jawatankuasa yang dipilih oleh ahli syarikat.

Sebagai pendukung perniagaan jualan langsung beretika di Malaysia, misi DSAM adalah memberi bantuan dan sokongan kepada syarikat jualan langsung dalam pentadbiran, pendidikan, komunikasi, perlindungan pengguna, etika perniagaan dan lain-lain.

Tatacara Kelakuan DSAM yang diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dilancarkan pada April 1998 dan dipertingkatkan pada 18 Jun 2009 untuk menggalakkan ahli syarikat supaya mengamalkan jualan langsung secara beretika. Sebagai ahli Persekutuan Dunia Persatuan Jualan Langsung (WFDSA), Tatacara Kelakuan DSAM turut diiktiraf oleh WFDSA.

Kini, DSAM mempunyai 69 ahli syarikat di Malaysia. Ahli-ahli DSAM perlu mematuhi Tatacara Kelakuan untuk meneruskan kelayakan sebagai ahli. Ahli syarikat juga perlu menyertakan salinan Tatacara Kelakuan ke dalam ‘starter kit’ untuk pengedar baru. DSAM turut berharap bahawa Tatacara Kelakuan ini akan bertindak sebagai panduan operasi perniagaan untuk syarikat-syarikat bukan ahli.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada laman web rasmi DSAM:

http://www.dsam.org.my

Iklan

One comment

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s